SURAT TERBUKA UNTUK ANDA
Baru-baru ni aku duduk bersama-sama anggota RAT (Rumah Anak Teater) berbincang untuk mementaskan sebuah lagi projek teater baru di bawah kendalian RAT. Teater Kompilasi Vol. 3 TANDA akan menemui penonton pada awal Februari nanti. Teater Kompilasi Vol. 3 ini adalah projek pementasan teater yang ke tiga sejak RAT mula ditubuhkan pada Oktober 2008. Dua pementasan terdahulu iaitu Vol. 1 dan Vol. 2, RAT tidak mendapat sebarang keuntungan wang ringgit. Ini adalah kerana sehingga kini RAT tidak mempunyai penaja yang ingin menaja pementasan kami. Aku sebagai pengarah artistik dan penerbit bagi ketiga-tiga pementasan ini lebih menumpukan kepada jualan tiket untuk menampung kos pementasan. Bagi pementasan Teater Kompilasi Vil. 3 ini aku telah mencadangkan agar harga tiket dijual pada harga RM 30 namun ada antara ahli RAT tidak bersetuju kerana beranggapan harga itu terlalu mahal dan mungkin orang ramai tidak akan datang untuk memberi sokongan. Lalu ada yang mencadangkan agar dijual pada kadar RM20 sahaja dengan alasan keadaan ekonomi sekarang.
Untuk makluman, Teater Kompilasi Vol.3 kali ini akan menghimpunkan tenaga kerja lebih dari 30 orang kerana ianya lebih berkonsepkan persembahan ensemble. Kami juga bercadang untuk menjayakan berberapa unsur-unsur kekaguman pada rekaan pentasnya termasuk membina pentas khas di atas pentas yang sedia ada. Dengan kekurangan dana yang boleh dikatakan sifar itu kami mungkin terpaksa menggunakan modal dari poket sendiri bagi merealisasikan pementasan tersebut demi mengangkat seni teater dan khalayak ke aras yang lebih tinggi. Oleh itu, pada pandangan aku RM30 itu tidaklah terlalu mahal namun pandangan anda semua juga amat penting kerana anda sebagai penonton tentu lebih mengerti erti kepayahan kami dan diri anda sendiri.
Jadi di sini aku kemukakan soalan, bagi sebuah pementasan selama 2 jam yang menghimpunkan lebih 30 orang tenaga kerja termasuk 6 orang pengarah dan 20 orang pelakon tv dan teater yang akan bermain di atas pentas dari awal hingga tamat pementasan. Anda juga akan dihidangkan dengan persembahan visual dan multimedia bersama rekaan pentas yang mengagumkan. Dan, anda sebagai penonton akan disediakan kerusi empuk agar selesa untuk menikmati persembahan tersebut hingga ke hujung. Berapakah harga tiket yang akan anda bayar untuk persembahan yang sedemikian?
Terima Kasih
Nam Ron
Pengarah Artistik/Penerbit
Monday, January 4, 2010
Saturday, October 24, 2009
::Engkau dan Aku::
Kalau engkau hendak menemui aku
Turutilah jalan ku jangan jalanmu
Jalanmu jalan nyata
Jalan ku jalan rasa
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Dan aku akan berjalan pula pada jalanku
Ushakan kita sejalan, engkau dan aku
Supaya tercapai yang di tuju
Kalau engkau mengatakan kita sejalan
Engkau harus dapat membuktikan
Bukti yang dimaksudkan
Ialah kesanggupan untuk menurutkan.
Engkau mempunyai keinginan
Aku mempunyai kesanggupan
Engkau di luar aku di dalam
Tempat mu di kiri aku di kanan
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Untuk menjumpai aku lebih dahulu
Dalam perjalanan kita bertemu
Engkau dan aku
Aku yang engkau jumpai diperjalanan
Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak bukar haluan
Kerana disaat itu aku keluar engkau ke dalam
Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan
Berjalan pada jalanku
Berarti engkau besertaku
Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku
Aku yang selama ini terahsia bagi mu.
(SAJAK PENINGGALAN GURUKU)
OSMAN HADI
Turutilah jalan ku jangan jalanmu
Jalanmu jalan nyata
Jalan ku jalan rasa
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Dan aku akan berjalan pula pada jalanku
Ushakan kita sejalan, engkau dan aku
Supaya tercapai yang di tuju
Kalau engkau mengatakan kita sejalan
Engkau harus dapat membuktikan
Bukti yang dimaksudkan
Ialah kesanggupan untuk menurutkan.
Engkau mempunyai keinginan
Aku mempunyai kesanggupan
Engkau di luar aku di dalam
Tempat mu di kiri aku di kanan
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Untuk menjumpai aku lebih dahulu
Dalam perjalanan kita bertemu
Engkau dan aku
Aku yang engkau jumpai diperjalanan
Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak bukar haluan
Kerana disaat itu aku keluar engkau ke dalam
Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan
Berjalan pada jalanku
Berarti engkau besertaku
Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku
Aku yang selama ini terahsia bagi mu.
(SAJAK PENINGGALAN GURUKU)
OSMAN HADI
Wednesday, September 23, 2009
Dari "Kitab Kiliran Budi" 2
::Perihal Orang Yang Lemah dan Kechil Dalam Kuasa Orang Besar-Besar::
Anak2 Ikan Kechil Menjadi Makanan Ikan Besar : Dalam sa-barang hal, orang kebanyakan selalu di-bawah perentah atau menjadi habuan orang besar2.
Anjing Menyalak Bukit Mahukah Runtoh? : Bagaimana sa-kali pun perkataan atau perbu-atan orang yang jahat menchela orang yang baik2 (atau berkuasa), tiada akan menjadi ke-binasaan atau kehinaan kapada-nya.
Anak2 Ikan Kechil Menjadi Makanan Ikan Besar : Dalam sa-barang hal, orang kebanyakan selalu di-bawah perentah atau menjadi habuan orang besar2.
Anjing Menyalak Bukit Mahukah Runtoh? : Bagaimana sa-kali pun perkataan atau perbu-atan orang yang jahat menchela orang yang baik2 (atau berkuasa), tiada akan menjadi ke-binasaan atau kehinaan kapada-nya.
Thursday, September 17, 2009
Dari "Kitab Kiliran Budi"
::Dari Hal Orang Yang Beroleh Nama Yang Baik Atau Jahat Dan Malu::
Bagai tokak lekat di-kening :Peri hal orang yang mendapat aib yang tidak dapat di-selindongkan lagi.
Baik jatoh terletak, jangan jatoh terentak : Lebeh baik berhenti terlebeh dahulu daripada di-pechat kerana sa-suatu kesalahan, kerana dengan demikian sangat-lah menga'aipkan sa-panjang hidup.
Baik mati dengan nama yang baik, jangan hidup dengan nama yang jahat : Daripada hidup biarlah mati daripada mendapat malu atau nama yang keji, atau hidup terpaksa melakukan kerja2 kejahatan yang merosakkan nama baik.
Bersukat darah-lah baharu ku-beri : daripada beralah menyerah dan menghampa harap, baiklah bertarong nyawa terlebeh dahulu.
Biar kena tampar dengan jari yang berchinchin, daripada kena jentek dengan tangan yang berkudis : jika kita bersalah pun dalam satu2 perkara, biarlah di-hukum oleh raja atau di-tegor oleh orang yang berilmu, jangan pula di-aniayakan oleh orang yang lebeh rendah daripada kita.
Daripada hidup berchermin bangkai, baik mati berkalang tanah : daripada hidup menanggong malu, lebeh baik mati ta'nampak di-mata.
PANTUN-NYA : Kacha batu beri berbingkai,
ambil peti muatkan panah;
Pada hidup berchermin bangkai,
baik mati berkalang tanah.
Daripada hidup berlumor tahi, baik mati bertimbun bunga : daripada hidup menanggong malu, baik-lah mati dengan nama yang terhormat.
Bagai tokak lekat di-kening :Peri hal orang yang mendapat aib yang tidak dapat di-selindongkan lagi.
Baik jatoh terletak, jangan jatoh terentak : Lebeh baik berhenti terlebeh dahulu daripada di-pechat kerana sa-suatu kesalahan, kerana dengan demikian sangat-lah menga'aipkan sa-panjang hidup.
Baik mati dengan nama yang baik, jangan hidup dengan nama yang jahat : Daripada hidup biarlah mati daripada mendapat malu atau nama yang keji, atau hidup terpaksa melakukan kerja2 kejahatan yang merosakkan nama baik.
Bersukat darah-lah baharu ku-beri : daripada beralah menyerah dan menghampa harap, baiklah bertarong nyawa terlebeh dahulu.
Biar kena tampar dengan jari yang berchinchin, daripada kena jentek dengan tangan yang berkudis : jika kita bersalah pun dalam satu2 perkara, biarlah di-hukum oleh raja atau di-tegor oleh orang yang berilmu, jangan pula di-aniayakan oleh orang yang lebeh rendah daripada kita.
Daripada hidup berchermin bangkai, baik mati berkalang tanah : daripada hidup menanggong malu, lebeh baik mati ta'nampak di-mata.
PANTUN-NYA : Kacha batu beri berbingkai,
ambil peti muatkan panah;
Pada hidup berchermin bangkai,
baik mati berkalang tanah.
Daripada hidup berlumor tahi, baik mati bertimbun bunga : daripada hidup menanggong malu, baik-lah mati dengan nama yang terhormat.
Friday, July 31, 2009
aku tanya aku jawap
Masa kecik-kecik dulu time sekolah rendah dan menengah. Aku agak sukar untuk menulis karangan yang diajar dalam kelas bahasa melayu. kenapa? Sebab aku kurang minat membaca. Kenapa aku kurang minat membaca? Sebab aku malas. Sebab apa aku malas? Sebab cerita yang aku selalu baca tak best. Kenapa tak best? SEbab tak best lah. Cerita-cerita yang ko baca tu siapa yang suruh ko baca? Cikgu aku. Kenapa cikgu? Sebab cikgu suruh. Kenapa cikgu suruh? Sebab dia nak aku baca. Kenapa dia nak ko baca? Untuk aku lebih banyak idea,menambah pengalaman dari bacaan aku tu dan cara-cara untuk menulis karangan dalam kelas Bahasa Melayu. Jadi semua tu menjadi ke? Tak. Kenapa tak? Sebab bahan yang aku baca semua benda yang sama berulang-ulang. Tapi bila aku keluar dari kampung aku ke Kuala Lumpur aku makin berminat membaca bahan-bahan bacaan kat kuala lumpur ni. Sebab ada macam-macam. Apa beza kampung dan Bandar? Sial!!!!! PEndidikan kat malaysia ni tak sama rata ke? Akan bersambung.............
Thursday, July 23, 2009
TEATER KOMPILASI VOLUME II

Kalau dulu pementasannya mempunyai 4 cerita dalam satu persembahan, tapi kali ini aku dan kawan-kawan dalam Rumah Anak Teater kembali lagi dengan Teater Kompilasi Volume II membawa dua buah cerita dalam satu pementasan untuk disajikan kepada
penonton-penonton.

Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume II
11 - 16 Ogos 2009
8.30 malam (11 - 16 Ogos)
3.00 petang (15 & 16 Ogos)
Stor Teater, Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kuala Lumpur
Masuk atas sumbangan (RM20)
Untuk keterangan lanjut, hubungi
019 - 2232002 Faisal Mustaffa
http://rumahanakteater.blogspot.com
"LEGASI"
Karya & Arahan
MOIZZISR.CONG
Pelakon
TAI-YUDDIN BAKAR
DIRA ABU ZAHAR
KHAIRIL RIDZUAN
NUR AMEERA RAMLI
"NATURALISASI"
Karya
NAM RON
Arahan & Olahan
FARED AYAM
Pelakon
ZAHIRIL ADZIM
AMERUL AFFENDI
NORIS ALI
SINOPSIS LEGASI
Legasi sebuah cereka yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang saling mencintai di antara satu sama lain sepenuhnya akan tetapi mempunyai sisi persepsi paksi politik yang berbeza. Ia berlatar belakangkan kepada budaya politik Malaya 1940an. Cikgu Bakar dan isterinya, Cikgu Zaharah adalah elitus Melayu lepasan Sultan Idris Teachers College yang menyokong dan bersama menggerakkan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Apabila KMM mulai lemah (1945), ramai pemimpin utama kesatuan itu mengambil pendirian untuk meninggalkan KMM, termasuklah Cikgu Zaharah, namun ianya tidak melibatkan Cikgu Bakar. Hal ini adalah kerana Cikgu Bakar tetap terus berpaksi kepada perjuangan KMM. Konflik persepsi politik ini terus menyelubungi kehidupan Cikgu Bakar dan Cikgu Zaharah. 50 tahun kemudian, di hari-hari terakhir Cikgu Bakar, dia sempat berjumpa dengan cucu perempuannya yang merupakan seorang liberal anthropologist, Suhaila. Bersama Suhaila, Cikgu Bakar merungkai pengalaman, pandangan, kepercayaan politiknya. Adakah Suhaila akan meneruskan “LEGASI” yang di bangunkan oleh Cikgu Bakar.
SINOPSIS NATURALISASI
Mengisahkan tentang watak Razman, seorang peguam kepada seorang ahli perniagaan yang ternama dan teman baiknya Rahmat, seorang penulis bebas. Suatu malam Razman termenung sendirian di dalam gelap. Kegelisahannya berpunca dari kes perbicaraan membabitkan ahli perniagaan tersebut siang tadi. Rahmat, yang juga merupakan teman serumah Razman yang baru pulang dapat mengesan perubahan Razman. Mereka berbincang tentang hal tersebut, kemesraan tetap ada walau kadangkala keadaan menjadi agak tegang. Nurul kekasih Razman sampai dengan keadaan marah dan runsing. Setelah dipujuk oleh Razman barulah dia tenang. Darinya diketahui bahawa Nurul mengandungkan anak Razman. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Malam itu Nurul tidur di situ, Rahmat marah dengan tindakan Razman. Mereka bertengkar. Pagi besoknya, Rahmat cuba menghasut Nurul dengan membuat satu helah, tujuannya untuk memisahkan hubungan Nurul dengan Razman. Setelah Rahmat keluar, Razman sekali lagi bertengkar dengan Nurul dan akhirnya Razman terperangkap dengan helah yang dicipta Nurul dan mengaku bahawa dirinya adalah lelaki gay. Nurul terkejut lalu mahu memutuskan hubungan dengan Razman. Tengah hari, Rahmat pulang membawa berita bahawa dia menghidap HIV positif.
Khabarkan cerita ni kepada siapa sahaja yang anda suka atau benci. Jangan takut untuk berkongsi. Lagi bagus kalau anda bawa tokoh-tokoh yang pernah berjuang dalam KMM dan mereka yang pernah terlibat secara sengaja atau tidak sengaja dalam demonstrasi pelajar tahun 1974.
Monday, May 4, 2009
::Perajurit Kecil::
KAWAN DOLLAH-Pahlawan Muda Yang Tak Mengenal Mati
Kawan Dollah berusia empat belas,
Punya cita-cita besar,
Kerana usia terlalu muda,
Tak disahkan masuk tentera.
Kawan Dollah setia pada parti,
Ikut parti jalankan perintah,
Kalau korban minta disahkan,
Masuk Tentera Pembebasan mulia.
Menyusun tentera semut kampung,
Bawa kanak-kanak revolusioner,
Punggah barang mengawasi musuh,
Ikut bertempur membasmi musuh.
Masuk kampung membawa tugas,
Nak lempar bom membasmi musuh,
Sayang keadaan telah berubah,
Segera laporkan kepada kawan.
Musuh sedar segera mengejar,
Dollah membawa masuk perangkap,
Kesempatan basmi musuh tiba,
Perajurit kita yang perkasa.
Pakai uniform tentera perwira,
Topi berbintang merah bersinar,
Senapang kulai kejat ditangan,
Tegak berkawal di pinggir kampung.
Orang Putih tiba dari rusuk,
Dollah tenang mengangkat senjata,
Bertekad bulat lantang berteriak:
"saya akan hapuskan kalian".
Petik treger senapang gemuruh,
Segera tumbang dua orang musuh,
Musuh menembak secara gila,
Pahlawan gugur jasa abadi.
Dollah sumbangkan keremajaannya,
Kawan dan pimpinan bersemadi,
Rasmikan Dollah jadi perajurit,
Semangat sateria kekal abadi.
Dollah: Pertama, bila koi besor nanti, mesti terime koi jadi Perajurit Tentera Pembebasan Nasional. Kedua, kalau koi mati, mesti terime koi sebagai Perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya.
itulah kata2 Dollah kepada pasukan gerila pembebasan nasional.
p/s: nak buat skrip pasal Pahlawan Dollah ni. tapi bahan rujukan xmencukupi. sesiapa yang ada bahan rujukan yang berkanaan dengan cerita ini boleh lah emailkan kepada saya di amerul_85@yahoo.com
saya nak sampaikan cerita ini melalui medium teater
Kawan Dollah berusia empat belas,
Punya cita-cita besar,
Kerana usia terlalu muda,
Tak disahkan masuk tentera.
Kawan Dollah setia pada parti,
Ikut parti jalankan perintah,
Kalau korban minta disahkan,
Masuk Tentera Pembebasan mulia.
Menyusun tentera semut kampung,
Bawa kanak-kanak revolusioner,
Punggah barang mengawasi musuh,
Ikut bertempur membasmi musuh.
Masuk kampung membawa tugas,
Nak lempar bom membasmi musuh,
Sayang keadaan telah berubah,
Segera laporkan kepada kawan.
Musuh sedar segera mengejar,
Dollah membawa masuk perangkap,
Kesempatan basmi musuh tiba,
Perajurit kita yang perkasa.
Pakai uniform tentera perwira,
Topi berbintang merah bersinar,
Senapang kulai kejat ditangan,
Tegak berkawal di pinggir kampung.
Orang Putih tiba dari rusuk,
Dollah tenang mengangkat senjata,
Bertekad bulat lantang berteriak:
"saya akan hapuskan kalian".
Petik treger senapang gemuruh,
Segera tumbang dua orang musuh,
Musuh menembak secara gila,
Pahlawan gugur jasa abadi.
Dollah sumbangkan keremajaannya,
Kawan dan pimpinan bersemadi,
Rasmikan Dollah jadi perajurit,
Semangat sateria kekal abadi.
Dollah: Pertama, bila koi besor nanti, mesti terime koi jadi Perajurit Tentera Pembebasan Nasional. Kedua, kalau koi mati, mesti terime koi sebagai Perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya.
itulah kata2 Dollah kepada pasukan gerila pembebasan nasional.
p/s: nak buat skrip pasal Pahlawan Dollah ni. tapi bahan rujukan xmencukupi. sesiapa yang ada bahan rujukan yang berkanaan dengan cerita ini boleh lah emailkan kepada saya di amerul_85@yahoo.com
saya nak sampaikan cerita ini melalui medium teater
Subscribe to:
Posts (Atom)