Tuesday, December 30, 2008

:dengan "PANGKAT" anda boleh pergi jauh!::


Dalam sistem politik yang di amalkan pada masa kini, sama ada dalam parti atau negara, pangkat lebih di utamakan. Pangkat menjadi rebutan. Dengan pangkat ada yang dapat mengumpul kuasa dan kekayaan. Dalam sistem yang wujud, kuasa dan kekayaan bertumpu pada segelintir orang berpangkat. Lebih tinggi jawatan, lebih banyak kuasa dan kekayaan yang dibolot. Kuasa dan kekayaan yang bertambah mengukuhkan lagi kedudukan pangkat pula.

Untuk mempertahankan kuasa dan kekayaan, mereka yang berpangkat menggunakan berbagai-bagai tipu muslihat, cara dan kaedah. Dengan kuasa yang dimonopoli, mereka memperalatkan berbagai-bagai instrumen negara untuk memastikan mereka tidak jatuh dan tidak boleh dijatuhkan. Mereka menahan tanpa bicara dengan menggunakan ISA, untuk melemahkan pembangkang dan menimbulkan psikologi takut di kalangan umum. Mereka menggunakan mahkamah dan undang-undang untuk menjadikan manusia robot@ DITERNAK.

Tidak cukup dengan itu, mereka menggunakan polis untuk menyurai ceramah politik di kampung dengan gas pemedih mata, menahan dan mengganas ke atas perhimpunan reformasi yang aman di bandar, dan menggagalkan wanita yang hendak berkumpul di pasaraya bagi menentang perogolan dan keganasan terhadap kaum mereka. Bahkan mereka menggunakan jua penguatkuasa untuk menyulitkan pementasan drama bertemakan kontroversi ataupun lakonan lucu yang menyindir tokoh-tokoh politik tertentu. Tidak wujud sikap toleransi.

Untuk membasuh minda rakyat, mereka sepanjang masa memperalat TV, radio dan akhbar, mengulangi tayangan dan siaran tentang kejayaan pembangunan. Di mana mereka memerintah seolah-olah tidak wujud penderitaan rakyat akibat kemiskinan, penggusiran "setinggan", kenaikan harga barang keperluan, atau pembuangan kerja. Yang buruk dan jelek terdapat hanya di negeri-negeri yang mereka gagal kuasai. Media pengampu juga menyiar penuh ucapan pemimpin negara yang mencela-cela tokoh, parti, bahkan NGO yang tidak di sukai, kerana mencabar dasar serta pangakat mereka.

Oleh sebab mereka mempunyai kuasa tidak terbatas, pucuk pimpinan pemerintah boleh mengambil sebarang tindakan sesuka hati. Cara pemerintahan mereka ialah dengan menekan dari atas dan rakyat mesti sentiasa setia. Mereka tidak perlu merunding atau merujuk apa-apa kepada rakyat. Undang-undang yang mereka reka, bahkan parlimen, badan tertinggi pembuat dasar negara yang mereka bina, pun jarang mereka hormat.

Wawasan 2020 diistiharkan sebagai panduan mas depan negara tanpa dibincang dalam parlimen. Perubahan bahasa pengantar Sains dan Matametik, dilaksanakan tergesa-gesa selepas pengumuman PM, dengan membelakangkan dasar pendidikan nasional dan hak pendidikan bahasa ibunda bagi murid-murid. WAng PETRONAS boleh digunakan tampa ketelusan. Pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah "negara islam" dibuat oleh perdana menteri dengan tiada kelulusan Parlimen ataupun sebarang pindaan undang-undang.

Kita tahu beliau alih-alih mencanangkan "Malaysia negar islam" dengan tujuan politik untuk menarik sokongan orang melayu/ Islam. Akan tetapi, dalam negara islam ini juga, kita melihat dikalangan orang islam lebi banyak kes keruntuhan moral di kalangan orang muda dan orang tua, perkosaan ke atas anak sendir serta pencabulan terhadap wanita, dan penagihan dadah. Selain itu jenayah semakin merebak dan lesen judi semakin banyak. Apakah yang pemerintah lakukan untuk membendung semua masalah ini?

Dengan kekayaan yang banyak, para pemimpin pemerintah boleh melabur dan menabur wang untuk membeli undi. Politik wang mahu disekat dalam parti iuntuk melindungi pangkat pucuk pimpinan. Sebaliknya, ia tidak disekat dalam pilihanraya umum demi memastikan parti mereka menang berkali-kali. Mereka berbangga dengan mengadakan pilihanraya, yang kononnya menjadi bukti mereka mengamalkan demokrasi.

Akan tetapi, banyak berlaku sebelum dan sewaktu pilihanraya, yang menunjukan prosesnya tidak bersih, tidak bebas serta tidak adil. Politik diskriminasi kaum, ugut, dan gertak menjadi alat penting bagi meneruskan dasar pecah dan perintah, warisan penjajah. Institusi media, kehakiman dan polis semakin lemah di bawah telunjuk pemimpin kuku besi. Pasukan khas digerakkan untuk mengancam serta menakutkan rakyat. Undang-undang tidak adil bertimbun dan sering dilaksanakan dengan cara pilih bulu. Suruhanjaya Pilihanraya cuma sedia berkhidmat mengikut selera pemimpin berkuasa.

Banyak massalah politik dan sosial berkaitan rapat dengan sistem ekonomi yang diamal dan corak pembangunan yang digalak. Negara kita mempunyai kekayaan yang lebih dari cukup untuk memenuhi keperluan kebajikan serta kesejahteraan umum. Akan tetapi, ia menjadi kurang akibat kerasukan serta ketamakan sesetengah pemimpin. Jikalau kekayaan ini dikendali dengan baik dan diagih dengan adil, pembanguna pasti lebih hebat lagi untuk rakyat ramai. MAsalah-masalah yang berlkaitan dengan kemiskinan, kesihatan, pendidikan dan perumahan sepatutnya sudah lama dapat diselesaikan.

Malangnya, sistem ekonomi kini membenarkan kekayaan dibolot oleh segelintir pemimpin dengan sanak saudara dan suku-sakat mereka. Sesungguhnya, tidak salah sesiapa mencari kesenangan hidup ataupun mengumpul kekayaan yang halal. Tetapi tiada guna atau budaya menggalak orang menimbun kekayaan tanpa had dari korupsi, atau menayang kemewahan hidup yang sarat dengan pembaziran. Korupsi dan penyelewengan di peringkat atas semakin parah. Menteri, menteri besar dan korporat yang dilapor kepada polis atas tuduhan melakukan korupsi tidak diambil tindakan sewajar, bahkan dilindungi. Sebaliknya, yang melaporkannya pula disumbat ke dalam penjara.

Pembangunan yang dibanggakan lebih menumpu kepada bidang ekonomi bercorak fizikal. Ia mengabaikan aspek-aspek sosial, persekitaran dan moral. Projek-projek mega sangat disukai sebab lebih mudah menjadi sumber untuk mengayakan pemimpin serta kroni dan mengisi dana parti. Beratus billion wang rakyat dari PETRONAS,KWSP,Tabung Haji dan lain-lain dirompak siang hari untuk membazirkan kepada projek-projek mega dan menyelamatkan syrikat kroni, seprti PERWAJA, RENONG, dan MAS.

Pucuk pimpinan negar serta kroni mereka sangat berminat kepada projek mega kerana keuntungan besar yang boleh dikaut. Lagi pula projek paling tinggi, paling besar, paling penjang menyerlah sebagi monumen, yang lebih mudah dilihat, dikagumi serta dibanggakan, daripada projek-projek mengubati penyakit sosial.

Wednesday, December 10, 2008

::Terucap::

KATA: Apa kau nak dalam hidup kau?

HATI: Hidup bebas.

KATA: Mudah?

HATI: Susah........

Tuesday, December 2, 2008

LOVE@CINTA

Sampai hari ini, Jam ini, Minit ini, dan Saat ini aku masih sakit dengan CINTA\LOVE.

Jika ada orang bertanya pada aku pada saat ini, minit ini, jam ini, hari ini atau esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan atau disaat aku terbaring kesakitan menunggu maut datang menjemput "apa yang kau percaya dan apa yang kau akan tinggalkan pada generasi akan datang?"

Aku akan cakap "CINTA\LOVE"!

Sunday, November 16, 2008

Senang

::Hidup Ini Senang?::

Hidup ini senang,
Senang untuk hidup,
Senang untuk mati,
Senang untuk TERUS hidup,
Senang untuk TERUS mati.

Hidup ini senang,
Senang untuk berjaya,
Senang untuk gagal,
Senang untuk disayangi,
Senang untuk disakiti.

Hidup ini senang,
Senang untuk kaya,
Senang untuk miskin,
Senang untuk merdeka,
Senang untuk dijajah.

Hidup ini senang,

Tapi senang untuk siapa?!

Monday, August 18, 2008

Thursday, August 14, 2008

::HUA HA HA::


Hua ha ha ha ha
Hua ha ha ha ha
Hua ha ha ha ha ha
Hua ha ha ha
Hua ha ha ha ha
Hua ha ha ha ha
Hua ha ha ha ha ha

Bukalah mulut kamu
Lantangkan saja suaramu
Bebaskan jiwa kamu
Tidak apa-apa jika dianggap gila
Dari pada tak bisa tertawa
Tertawa itu sehat
Menipu itu jahat

::HIJAU::

Hutanku,
Rosak !

Langitku,
Bocor !

Udara yang aku hisap,
Tercemar !

Makanan yang aku makan,
Racun !

Hijau Hijauku Hijau
Hijau Hijau Dunia

Hijau

Saturday, August 2, 2008

Gambar2 Yang Sempat BoB Ambik.





petanda!


Hari ni aku buat persembahan dalam Malam Seni 'tanpa bicara' yang telah diuruskan oleh Gerakan Mansuhkan ISA tag line dia "Cukuplah 48 tahun Kezaliman ISA". Aku dengan ayam berlakon. Hanya kami sahaja yang mementaskan teater, manakala yang lain mendengdangkan lagu dan puisi. Nak dijadikan cerita sebelum aku ngan ayam nak on stage (naik pentas = aku cuba bermain dgn subteks) satu petanda (semua kaum percaya dgn benda ni) yang telah diberi dari satu kuasa yang aku rasa korang tau. Ayam teman lakon aku, terjelopok sebelah kakinya ke dalam longkang selipar dia sebelah tersangkut dan sebelah lagi masih ada di kaki dia. Dalam keadaan cemas tu aku terfikir tapi fikiran aku tu di halang oleh keadan cemas tu. kaki seluar dia basah sebelah dengan siraman dan haruman air lonkang. Dia naik ke pentas diikuti dengan aku. Pementasan berjalan dan aku banyak terlupa isi2 penting dalam diaolg aku. Sebab aku baru hapal 3 hari lepas, jadi aku tak dapat ingat setiap isi2 penting. Lepas tu entah macam maner aku terpukul mata ayam dengan poster. Patutnya kepala dia jer (ikut skrip). Habis je pementasan tu ayam terus sound aku. "ko apasal pukul aku betol2 kat mata? ko tau tak teater tu make believe je! jgn r natural. kalau ikutkan aku tadi nak jer aku lawan balik tapi aku pikir aku tengah berlakon. ni kalau abg namron tau mesti dia marah ko. where pun berhati2 giler babi bila time scene dia pukul aku.. ko belajarkan teater kan. mata aku tak nampak ni. buta dowh mata aku, xnampak ni dol.lepas tu aku lupe dah apa yang dia cakap" AKU MINTAK MAAF AYAM. AKU TAK SENGAJA. aku bodoh! aku tak berhati2! aku Bodoh! AKU AKUI!:(
Ini ke petanda tu tadi maksudkan. Petanda bila ayam terpelocok kaki dia dalam lonkang. Dia akan di timpa nasib malang dan aku penyebab. Kenapa aku penyebabnya! Kesian kat ayam. Dah banyak sangat nasib malang @ karma yang dia terima. Di tinggalkan, di curi, di salah erti, tertinggal dan macam2 lagi. Aku ikut cerita bersiri nasib malang@ karma yang dia terima. Kesian aku tengok dia. Kadang2 akut ikut tangisi apa yang dia terima sejak 3 4 minggu ni. Apa yang aku mampu buat? redha? Redah? Persoalkan kuasa2 tertentu? Entah!??????