Wednesday, September 23, 2009

Dari "Kitab Kiliran Budi" 2

::Perihal Orang Yang Lemah dan Kechil Dalam Kuasa Orang Besar-Besar::

Anak2 Ikan Kechil Menjadi Makanan Ikan Besar : Dalam sa-barang hal, orang kebanyakan selalu di-bawah perentah atau menjadi habuan orang besar2.

Anjing Menyalak Bukit Mahukah Runtoh? : Bagaimana sa-kali pun perkataan atau perbu-atan orang yang jahat menchela orang yang baik2 (atau berkuasa), tiada akan menjadi ke-binasaan atau kehinaan kapada-nya.

Thursday, September 17, 2009

Dari "Kitab Kiliran Budi"

::Dari Hal Orang Yang Beroleh Nama Yang Baik Atau Jahat Dan Malu::


Bagai tokak lekat di-kening :Peri hal orang yang mendapat aib yang tidak dapat di-selindongkan lagi.

Baik jatoh terletak, jangan jatoh terentak : Lebeh baik berhenti terlebeh dahulu daripada di-pechat kerana sa-suatu kesalahan, kerana dengan demikian sangat-lah menga'aipkan sa-panjang hidup.

Baik mati dengan nama yang baik, jangan hidup dengan nama yang jahat : Daripada hidup biarlah mati daripada mendapat malu atau nama yang keji, atau hidup terpaksa melakukan kerja2 kejahatan yang merosakkan nama baik.

Bersukat darah-lah baharu ku-beri : daripada beralah menyerah dan menghampa harap, baiklah bertarong nyawa terlebeh dahulu.

Biar kena tampar dengan jari yang berchinchin, daripada kena jentek dengan tangan yang berkudis : jika kita bersalah pun dalam satu2 perkara, biarlah di-hukum oleh raja atau di-tegor oleh orang yang berilmu, jangan pula di-aniayakan oleh orang yang lebeh rendah daripada kita.

Daripada hidup berchermin bangkai, baik mati berkalang tanah : daripada hidup menanggong malu, lebeh baik mati ta'nampak di-mata.
PANTUN-NYA : Kacha batu beri berbingkai,
ambil peti muatkan panah;
Pada hidup berchermin bangkai,
baik mati berkalang tanah.

Daripada hidup berlumor tahi, baik mati bertimbun bunga : daripada hidup menanggong malu, baik-lah mati dengan nama yang terhormat.