Thursday, September 17, 2009

Dari "Kitab Kiliran Budi"

::Dari Hal Orang Yang Beroleh Nama Yang Baik Atau Jahat Dan Malu::


Bagai tokak lekat di-kening :Peri hal orang yang mendapat aib yang tidak dapat di-selindongkan lagi.

Baik jatoh terletak, jangan jatoh terentak : Lebeh baik berhenti terlebeh dahulu daripada di-pechat kerana sa-suatu kesalahan, kerana dengan demikian sangat-lah menga'aipkan sa-panjang hidup.

Baik mati dengan nama yang baik, jangan hidup dengan nama yang jahat : Daripada hidup biarlah mati daripada mendapat malu atau nama yang keji, atau hidup terpaksa melakukan kerja2 kejahatan yang merosakkan nama baik.

Bersukat darah-lah baharu ku-beri : daripada beralah menyerah dan menghampa harap, baiklah bertarong nyawa terlebeh dahulu.

Biar kena tampar dengan jari yang berchinchin, daripada kena jentek dengan tangan yang berkudis : jika kita bersalah pun dalam satu2 perkara, biarlah di-hukum oleh raja atau di-tegor oleh orang yang berilmu, jangan pula di-aniayakan oleh orang yang lebeh rendah daripada kita.

Daripada hidup berchermin bangkai, baik mati berkalang tanah : daripada hidup menanggong malu, lebeh baik mati ta'nampak di-mata.
PANTUN-NYA : Kacha batu beri berbingkai,
ambil peti muatkan panah;
Pada hidup berchermin bangkai,
baik mati berkalang tanah.

Daripada hidup berlumor tahi, baik mati bertimbun bunga : daripada hidup menanggong malu, baik-lah mati dengan nama yang terhormat.

2 comments:

Mat Amin said...

SALAM DAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI UNTUK AMERUL DAN KELUARGA SERTA PARA PEMBACA SEKALIAN.
MAAF ZAHIR BATIN.
SEMOGA SEMUANYA DIBERKATI ALLAH TAALA.

YANG IKHLAS

MAT AMIN
KINI DAN SILAM http://matamin02.blogspot.com

pisey said...

seronok belajar perkara baru begini.
=)