Friday, July 31, 2009

aku tanya aku jawap

Masa kecik-kecik dulu time sekolah rendah dan menengah. Aku agak sukar untuk menulis karangan yang diajar dalam kelas bahasa melayu. kenapa? Sebab aku kurang minat membaca. Kenapa aku kurang minat membaca? Sebab aku malas. Sebab apa aku malas? Sebab cerita yang aku selalu baca tak best. Kenapa tak best? SEbab tak best lah. Cerita-cerita yang ko baca tu siapa yang suruh ko baca? Cikgu aku. Kenapa cikgu? Sebab cikgu suruh. Kenapa cikgu suruh? Sebab dia nak aku baca. Kenapa dia nak ko baca? Untuk aku lebih banyak idea,menambah pengalaman dari bacaan aku tu dan cara-cara untuk menulis karangan dalam kelas Bahasa Melayu. Jadi semua tu menjadi ke? Tak. Kenapa tak? Sebab bahan yang aku baca semua benda yang sama berulang-ulang. Tapi bila aku keluar dari kampung aku ke Kuala Lumpur aku makin berminat membaca bahan-bahan bacaan kat kuala lumpur ni. Sebab ada macam-macam. Apa beza kampung dan Bandar? Sial!!!!! PEndidikan kat malaysia ni tak sama rata ke? Akan bersambung.............

6 comments:

dr. bynks said...

maybe, teaching structure ja yang sama tapi bahan berlainan because the resources are different... kot... tapi rasanya, pengajaran diluar bandar lebih berkesan kerana, kebayakan yang dapat keputusan baik adalah dari luar bandar... kat bandar banyak, terlampau banyak bergantung dengan tuition...

berbalik kepada resources, maybe kat KL ni the book stores are more open, atau lebih tepat dikatakan lebih terbuka kepada semua pemahaman...

but ni pendapat ieja je la... =)

Anonymous said...

masa sekolah rendah selalunya ada karangan 'aku sehelai baju'

beautiful.disgrace said...

amilah, betul3.. aku sebatang pen.. ;8)

Anonymous said...

pendidikan di malaysia sama. kg atau bandar. aim nya: dpt kan sbnyk A yg boleh. paham ke tak lain hal. hafal dan muntah. cgpa mesti dijaga, hal sekeliling dunia kalau tak tahu pun takpa. lagi satu, mentaliti org sini, kalo x jadi doktor,lawyer, engineer,takkan pernah cukup bagus. jadi 'hamba' korporat..heh. apa jadi dgn minat?

Anonymous said...

oit, lupa lak. ada x org ckp muka ko mcm m. amin?

Bainun Waheeda said...

Sama lah kita..

Tinggal di Kota Lumpur buat aku rasa buku tu penting.. Sebab dah pandai cari Buku yang kena dengan jiwa..

Bukan lagi buku surat rasmi.