Saturday, October 24, 2009

::Engkau dan Aku::

Kalau engkau hendak menemui aku

Turutilah jalan ku jangan jalanmu

Jalanmu jalan nyata

Jalan ku jalan rasa



Berjalanlah engkau pada jalanmu

Dan aku akan berjalan pula pada jalanku

Ushakan kita sejalan, engkau dan aku

Supaya tercapai yang di tuju



Kalau engkau mengatakan kita sejalan

Engkau harus dapat membuktikan

Bukti yang dimaksudkan

Ialah kesanggupan untuk menurutkan.



Engkau mempunyai keinginan

Aku mempunyai kesanggupan

Engkau di luar aku di dalam

Tempat mu di kiri aku di kanan



Berjalanlah engkau pada jalanmu

Untuk menjumpai aku lebih dahulu

Dalam perjalanan kita bertemu

Engkau dan aku



Aku yang engkau jumpai diperjalanan

Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak bukar haluan

Kerana disaat itu aku keluar engkau ke dalam

Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan



Berjalan pada jalanku

Berarti engkau besertaku

Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku

Aku yang selama ini terahsia bagi mu.


(SAJAK PENINGGALAN GURUKU)
OSMAN HADI

7 comments:

Shamimi Haniza said...

Nice! =)

myra said...

suka sajak ni..
tp malangnya xpaham...

adex said...

saye ingin mnjadi seperti anda :) can u teach me ?

adekk said...

sy ingin mnjadi seperti anda . b0leyh aja sy mnjd ank teater ? :)

Pisey said...

ah.
kesanggupan untuk menurutkan.

=)
cantik

wani said...

saya peminat awak... nak buat modal untuk teater.... jom saya ada cara....

nadea sulaiman said...

Aku bukan taip untuk mendapatkan aku patah hati
Aku bukan taip untuk kecewa dan menangis
kerana aku tidak pernah meninggalkan hatiku terbuka
Tidak ada salahnya aku untuk mengucapkan selamat tinggal
Hubungan tidak mendapatkan yang mendalam kepada aku
Pernah mendapatkan cinta turun hal
Dan seseorang boleh mengatakan bahawa mereka benar-benar mencintaiku
Tetapi pada masa itu tidak bererti apa-apa..
jalan dia hanya jalan dia..
jalan aku tak pernah menjadi jalannya..