Sunday, April 26, 2009

KARAOKE










24 April 2009

UNTUK SIARAN SEGERA:

FILEM MALAYSIA ‘KARAOKE’ DIPILIH UNTUK TAYANGAN “DIRECTORS’ FORTNIGHT” DI CANNES

KARAOKE, hasil karya pembikin filem Malaysia Chris Chong Chan Fui akan ditayangkan di “Director’s Fortnight” Festival Filem Cannes ke-62 dari 14 hingga 24 Mei 2009. Ia merupakan filem cereka Malaysia pertama dalam 14 tahun yang akan ditayangkan di Cannes. KARAOKE juga dicalonkan untuk Camera d’Or (Kamera Emas), anugerah yang menghargai filem cereka sulung terbaik yang ditayangkan dalam mana-mana tayangan pilihan Cannes (Official Selection, Directors’ Fortnight dan International Critics’ Week).

Apabila dihubungi melalui telefon di Bangkok, di mana beliau sedang menyiapkan kerja pasca-produksi, Chris nyatanya terkejut: “Cannes sungguh tidak dijangka. Menyertai festival filem yang terbesar di dunia dan menikmati tayangan serentak dengan filem Francis Ford Coppola merupakan satu penghargaan yang hebat!”

KARAOKE ialah filem cereka Chris yang pertama. Sebelum ini, pengarah filem dan pengkarya media kelahiran Sabah ini menerima penghargaan antarabangsa untuk filem pendeknya BLOCK B (2008), dan dokumentarinya KOLAM (2007).

Diterbitkan oleh Tanjung Aru Pictures, kelolaan Chris sendiri, filem 75-minit dalam Bahasa Malaysia, KARAOKE dibikin di lokasi penggambaran di Selangor dalam jangkamasa 12 hari pada bulan Disember 2008. Akan tetapi sebelum penggambaran bermula pun, KARAOKE telah dijemput untuk menyertai Klinik Skrip Festival Filem Berlin 2007, dan dipilih untuk menyertai Forum Penajaan Filem Hong Kong-Asia(HAF) pada 2008.

KARAOKE merupakan hasil nukilan penulis teater, penyanyi dan pencipta lagu Shanon Shah, yang juga mencipta lagu dan lirik dalam filem tersebut. Ia mengetengahkan persembahan daripada barisan pelakon yang hebat, diterajui oleh Zahiril Adzim dan dibantu oleh Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Amerul Affendi dan Nadiya Nissa. Paling kini, pendatang baru Zahiril Adzim dan Amerul Affendi telah mengagumi penonton Malaysia dalam pementasan teater Air Con, kebetulannya juga hasil tangan Shanon Shah. Seorang lagi bakat kelahiran Sabah yang tersohor pada peringkat antarabangsa, artis Yee I-Lann, merupakan pereka produksi KARAOKE.

Jalan cerita

Di sebuah perkampungan ladang kelapa sawit di Malaysia … Betik pulang.

Siang hari, Betik membantu dalam penggambaran video karaoke. Malam, dia membantu ibunya yang keberatan di pusat karaoke kendaliannya. Inilah tempatnya dia jatuh hati pada Anisah. Rezeki, jodoh dan keluarga. Kepulangannya terikat oleh takdir.

Akan tetapi kehidupan tidaklah sebegitu lurus. Setiap orang mahukan sesuatu. Pendalangan kecil yang didorong oleh kepentingan diri dan nafsu tetap berlaku, dan lagu-lagu tetap dinyanyikan. Tanpa goyah.

Kampungnya berubah. Pohon kelapa sawit tumbuh dalam simetri yang tidak berakhir. Lanskapnya berkarat dan nostalgia berputar.


“Directors’ Fortnight” di Festival Filem Cannes

Directors’ Fortnight Festival Filem Cannes telah lama menjadi platform di mana pendatang baru boleh menyerlah, sambil menonjolkan bakat baru dalam dunia perfileman antarabangsa. Dimulakan pada tahun 1969 oleh Persatuan Pengarah Perancis, programnya termasuklah tayangan filem dari seluruh dunia ketika Festival Filem Cannes.

Sejak kelahirannya, Directors’ Fortnight telah menyerlahkan dan mengendalikan tayangan pertama di Perancis filem-filem sulung oleh Werner Herzog, Rainer Werner Fassbinder, Nagisa Oshima, George Lucas, Martin Scorsese, Michael Haneke, Jim Jarmusch dan Spike Lee, antara yang lain.

Sebagai salah satu program yang diadakan serentak dengan Cannes, Directors’ Fortnight dibuka untuk tayangan umum. Pada tahun 2008, seramai 40,000 penonton telah menghadiri tayangan-tayangannya.




Pautan yang berkaitan:
http://www.quinzaine-realisateurs.com/?LNG=us
http://www.quinzaine-realisateurs.com/download/Selection_41e_quinzaine(2009).pdf


Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tanjungarupictures.com/

Untuk pertanyaan selanjutnya, hubungi Nandita Solomon di +6019 234 7317 atau nansolo@gmail.com.

Gambar oleh Danny Lim © Tanjung Aru Pictures 2008


p/s: aku terlibat untuk menempel dalam projek ni last minit. hakhakhakhakhak. apa-apa pun terima kasih kepada chris kerana beri kepercayaan pada aku.

Monday, April 13, 2009

LUKA Aku unTuk TaTapan Umum


hari ini aku buka lagi luka yang ada di dalam hati aku untuk menjadi tontonan umum masyarakat malaysia yang akan menyaksikan pementasan AIR CON. Aku harap dapat tutup cepat-cepat selepas merealisasikan cerita AIR CON. kadang-kadang gila aku dibuatnya. datanglah beramai-ramai ke pementasan ini. ia akan berlangsung dalam minggu ini. bermula pada hari rabu sehingga ahad. bertempat di KLPac pentas 2. tiket berharga Rm47 untuk dewasa dan Rm27 untuk pelajar. pada hari sabtu dan ahad ada pementasan bermula pada pukul 3petang.

Friday, February 20, 2009

::HAPPY BIRTHDAY::

Aku : hello.

Seberang : Hello.

Aku : happy birthday!

seberang : terima kasih.

Aku : kenapa tak tidur lagi?

Seberang : dashdahdjashhaseuwe (aku tak dapat dengar dengan jelas)

Aku : ow. oklah. bye.

Seberang : terima kasih ye.

Aku : emmm.. bye. (terus letak telefon)

hakhakhakhakhakhakhakhakhakhakhakhak. apa hal dengan aku ni.
sengal gila. aku boleh tanya "kenapa dia tak tido lagi?". hakhakhakhakhakha. apa bangang punya soalan.

Wednesday, February 11, 2009

::cerita benar dari sejarah sial "AKU"::

Masa aku kecik-kecik dulu, tokki dgn wan aku yang jaga aku. nama kampung aku tu kuala krau dekat jerantut pahang. dari aku umur 3 tahun sampai la 9 tahun. selain aku ada abang dengan adik aku sekali dijaga dengan wan tokki aku. aku rapat dengan abang aku masa tu sebab kita orang pergi sekolah sama2, mandi sama2, gi jalan mana sama2 macam-macam lah aku banyak bersama dengan dia. pendek kata mana ada dia aku mesti sentiasa setia mengikut. aku ingat lagi time tak da air paip kita orang berdua pergi mandi perigi kat rumah wan seni. jiran dengan wan aku. seronok ikut dia ni. kawan abang aku, kawan aku juga masa tu. seronok berkawan dengan orang yang lebih besar dari kita. aku dengan kawan2 abang aku selalu jalan2 kat dusun orang kaya kat kampung aku. banyak buah sedap2 sebab pokok buah dia orang di tabur baja dari risda. jadi sambil menyusur kat kebun orang tu kami petik, jolok, panjat dan seangkatan dengannya ambik buah kat dusun tu. sedap gila dowh! seronok kalau di makan dengan kawan-kawan. nak di jadikan cerita ada satu hari tu(di sebabkan satu hari je aku berubah)aku ikut abang aku berjalan dengan kawan-kawan dia ke dusun mangga paling sedap antara dusun kat kampong aku kepunyaan toki din. mangga dia ni jadi kegilaan ramai ibu-ibu mengandung mengidam makan mangga tok din. bila xdapat, jadi lah kami yang suka mengidam makan buah kat dusun orang ni. aku, abang dan kawan-kawan abang aku sampailah ke dusun tok din tepat pukul 3 petang. sampai je abang dengan kawan2 abang aku kat dusun tu dia orang tercengang,pelik. apa sudah jadi dengan dusun ni lengang tak berbuah. semua gosok mata xpercaya. setelah dapat menerima bahawa pokok mangga xberbuah atau sudah di kutip oleh tok din dan di jual ke pasar malam kuala krau. kami mengambil langkah berjaga-jaga dengan memandang keatas mana tau ada yang tertinggal. kawan abang aku menjerit bila nampak sebutir buah mangga yang masih ada di dahan pokok. kami semua datang ke pokok tersebut. sampai je kat pokok semua orang berebut nak ambik sebab siapa dapat dia yang punya sorang je. betapa rakusnya kawan-kawan abang aku ni. aku tak turut berebut sebab takut di lempang mereka sebab mereka lebih besar dari aku. berebut dia orang memanjat, menjolok, menuju bagi jatuh buah mangga. salah seorang kawan abang aku yang selalu jadi ketua dalam kawanan tu jerit suruh berhenti. semua terus berhenti dari buat kerja masing-masing tadi. semua pandang ke dia. nama dia Pok Ya. pok ya ni panas baran. siapa yang melawan dia tumbuk je muka tak kira kawan atau lawan. dia rapat dengan abang aku, kira abang aku dengan pok ya ni lead kawan2 dia orang semua. pok ya kata "buah tu dia yang punya siapa berani ambik kalau nak rasa kena tumbuk dengan dia cubalah ambik" kata pok ya. abang aku time tu tiba2 angin bila dengar dia cakap macam tu. abang aku sound "buah tu kita makan la ramai2 ingat sikit kat kawan lain" naik angin lah pok ya. aku pulak entah macam mana boleh gi panjat pokok mangga tu ambik buah tu bila abang aku dengan pok ya tengah bertekak, manakala kawan-kawan yang lain bersorak betul kan itu dan ini yang terpacul dari mulut pok ya dengan abang aku. macam-macam di ungkit. aku petik buah mangga tu aku campak ke bawah. getah mangga banyak kat tangan aku. sial.
sorang kawan abang aku ambik buah tu. cepat-cepat dia gigit. pok ya rampas lepas tu dia lempang muka kawan tu. abang aku rampas dari pok ya. abang aku gigit buah tu lepas tu pok ya rampas balik buah mangga tu dan gigit juga. begitulah yang berlaku selama dua minit sampai buah mangga tu tinggal bijinya saja. kawan2 lain hanya biarkan saja sebab pelik bila dengar pok ya dengan abang aku ketawa lepas makan mangga tu. dia ketawa sambil menunjuk2 ke muka kawan dia orang semua termasuk aku. lepas pada peristiwa tu aku dah tak ikut abang aku, pok ya dan kawan-kawan dia.
aku sorang2 xdak kawan. jadi budak pendiam. biar kan je diri kena buli. bukan xnak melawan, tapi terasa bodoh nak melawan balik.

Tuesday, February 3, 2009

::Me atau Di::

Diawalkan dengan kata-kata ini:
mengangkat atau diangkat?
melangut atau dilangut?
memandang atau dipandang?
menumbuk atau ditumbuk?
memerintah atau diperintah?
menjajah atau dijajah?
menembak atau ditembak?
meragut atau diragut?
merogol atau dirogol?
menolong atau ditolong?
meraba atau diraba?
merompak atau dirompak?
melawan atau dilawan?
meniru atau ditiru?

aku dah tak tau apa lagi
tapi aku jumpa ni:

???????????????????MEMILIH ATAU DIPILIH???????????????????????????

Sunday, February 1, 2009

::HABISHHHHHHhhhhhhhHH::

Terima kasih kepada mereka yang datang menonton teater kompilasi volume1. Aku betul-betul terharu dengan pertolongan kamu semua. Terima Kasih!!!!!!

sekarang aku nak buang pokok kelapa sayang aku kat PD tapi timbul pulak ingatan pada pokok kelapa aku kat telok cempedak yang dah lama menghilang dari ingatan aku. Sial! Perasaan yang berkuasa pada diri aku ni mesti aku bunuh untuk kali ke-2. Sakit.
hujung minggu ni aku mesti pergi sana. kalau tak aku mesti sakit macam dulu lagi.

Monday, January 12, 2009

!!GampanG!!


4.14 a.m. aku tunggu 4.15 a.m…………….. jarum panjang menunjuk angka 3. Aku di balkoni rumah sewa 6 sekawan yang tinggal di tingkat 5.

Di hadapan rumah aku ada sebatang jalan utama yang menghubungkan dari satu destinasi ke satu destinasi bagi setiap penggunanya. Aku macam berdiri di tengah2 arus. Melihat perjalanan arus itu. Semuanya cantik dan indah kalau kita mengikut arus. Tapi apa pula terjadi kalau kita melawan arus? Soalan klise dari seorang mamat yang masih belum mengerrti apa itu kehidupan sebenarnya. Persoalan ini masih belum terjawab. Bukan dia malas menjawab tapi terlalu banyak persoalan yang tak pernah di ajarkan kepadanya ketika dia berada di rumah atau di sekolah. Soalan-soalan ini dia mula kenal bila dia berjalan tanpa sempadan melewati semua karaktor manusia, dari sejahat-jahat manusia sehingga sebaik-baik manusia. Dia bawa pula karektor-karektor tersebut ke dalam dirinya dan kemudian di keluarkannya. Di sebabkan keadaan itu, maka tercalit warna-warna yang dia belum kenal sebelum ini. Ini kerana di sekolah dan di rumah dia hanya di ajar kalau nak merwarna mesti merwarna dengan satu warna sahaja. Begitu juga dengan sejarah. Di dalam karektor terdapat banyak sejarahnya tersendiri. Jika dia membawa karektor Abdullah C.D atau Samsiah Fakeh adakah dia akan mempersoalkan sejarah yang diajar pada dia, di sekolah yang tercintanya di mana dia selalu melafazkan RUKUN NEGARA dengan semangat yang telah di tiupkan kepadanya di pagi-pagi hari ketika perhimpunan sekolah hendak bermula dan kemudian di ikuti dengan doa?

4.37am aku masih di hadapan laptop. Menulis sisa-sisa perkataan yang selalu bermain di dalam otak aku. Otak ke Kotak ni?

Betul ke kita diternak?

Siapa yang Menternak?

Siapa yang rugi?

Siapa yang untung?

Nyanyikan Rangkap Kata Ini Dengan Melodi Anda

Kepala pusing.

Terus menonggeng,

Terus terpelanting,

Terhempas ke dinding.

Baling-membaling,

Ini bukan rundingan BALING!!!!!!!!!!!!!

………………………………?????.?????????????????????????????...................................